Thursday, June 10, 2010

Laporan Gunung Angsi (29Mei'10)-Fakulti Perubatan UiTm






Pada 29 Mei yang lalu, seramai 8 orang pelajar dan kakitangan Fakulti Perubatan UiTM Shah Alam (5 pelajar, 2 pensyarah dari Rusia dan seorang kakitangan) telah menyertai ekspidisi mendaki Gunung Angsi dan Meta Info Training telah dipilih bagi menguruskan ekspidisi kali ini. Seramai 6 orang krew dari Meta Info Training dengan bantuan 3 orang pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah bersama-sama menjayakan ekspidisi tersebut.

Perjalanan dimulakan jam 9.40pagi dari Hutan Rekreasi Ulu Bendul...Perjalanan melalui trek sisi sungai mengikuti terus paip besar sepanjang jalan menuju CP1 iaitu Kem Tangga Batu atau Jeram Kak Lang... Perjalanan ke CP1 mengambil masa hampir 2 jam kerana perjalanan yang perlahan disebabkan faktor fotografi..

Selepas berehat di CP1, perjalanan diteruskan kepada fasa kedua pada jam 12pm...Pendakian seterusnya sangat mencabar dan kesabaran setiap peserta diduga..."Lazy Log" menjadi trek yang menduga kesabaran...bagaimanapun, kami berjaya sampai ke puncak pada jam 2 petang...Kami makan di puncak (makanan istimewa oleh krew chef halil) kemudian turun ke bawah semula pada 2.30pm...

Kira-kira 15 minit perjalanan turun, pelajar-pelajar ini telah membantu seorang dari peserta trip lain yang mengalami kecederaan(leg cramp, jam trus xble jalan langsung). Mereka telah membantu sebaik mungkin dan di akhir ekspidisi, mereka berjaya turun dengan selamat.

PAda kira-kira jam jam 5.30, selepas mandi dalam perjalanan turun, kami sampai semula ke tapak perkhemahan. Krew chef, Halil telah menyediakan makanan untuk kami, yang mana masakannya mendapat pujian dari pensyarah dari Rusia. Kami mengadakan bbq pada malam harinya, kemudian menggulung lembaran aktiviti hari pertama.

Hari kedua, sebelum pulang, peserta diberi taklimat tentang kesedaran ilmu hutan di Malaysia dan selepas sarapan pagi, peserta meninggalkan kem pada jam 10 pagi.Post mortem dari peserta rata-rata berpuas hati dan memuji perjalanan program terutamanya ketika trekking dan makanan. Namun , masih ada ruang untuk diperbaiki dari segi penginapan.

Sekian .
http://metainfo.multiply.com

Sunday, March 28, 2010

Forum

Berkongsi maklumat dan idea anda di sini

Kepada warga smk ttdij,semua update akan disediakan di sini. Daftar supaya saya dapat membantu anda.tq

Wednesday, February 3, 2010

Rope Rescue Course

Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti tali tinggi, kami akan mengadakan kursus kejurulatihan tali tinggi. Butiran adalah seperti berikut:-

Tarikh: 26,27 dan 28 Februari 2010
Tempat: Akan diberitahu(kt KKB, tp nk decide kumpul kat mane)
Bayaran:RM 200 (makanan dan pengangkutan x termasuk)

Barang yg perlu dibawa akan diberitahu kelak.
Berminat hubungi kami di sini atau email ke meta.info.training@gmail.com

tempat terhad